SeLaMaT MeNguSha IsI HaTiKu

SeLaMaT MeNguSha IsI HaTiKu

Isnin, 20 Februari 2012

istikharah menemukan aku dengan 3 lelaki berbaju putih...

Subhanallah....pada keesokan paginya aku tertanya-tanya siapakah gerangan tiga orang lelaki berbaju putih dan bersongkok datang menghampiriku setelah mereka menuruni bukit dan aku berada duduk di hujung bukit yang dituruni...Aku menjadi pelik kerana mimpi sedemikian yang ku temukan..dalam kepala ini berlegar-legar siapakah gerangan 3 orang jejaka yang memakai baju putih itu .tetapi kenapa sampai 3 orang? hmmm..rasa musykil terus menyelubungi diri.....

Menerima dengan berlapang dada..

Sejauh mana dirimu telah menyakiti hati kecil ku ini..diri ini tetap memaafkan dirimu..Diri yang hina kerdil ini nak mengikut sunnah Rasulullah supaya sentiasa maaf memaafi walau apa saja yang orang lakukan pada kita. Mak pon selalu pesan..bahawa Biar orang buat pada kita..jangan kita pernah membalasnya dan memaafi dirinya dengan seikhlas hati....Mudah-mudahan ada hikmah menanti...

Isnin, 31 Oktober 2011

Aku dicari bukan aku yang mencari…..tetapi bagaimana ku harus hadapi situasi ini?? ini anugerah ataupun ujian dariNYA ? Hanya Allah yang Maha Mengetahui



Adakah aku sedang diuji tatkala seseorang itu hadir ke dalam hidup ini tanpa ku pinta kehadirannya. Aku sedari dulu lagi mahukan jodoh ku itu dipilih oleh orang tua ku. ,..tetapi tidak ku menyangka si dia hadir dalam hidupku tanpa ku pinta kehadirannya. Adakah dia dihadirkan hanya untuk mengujiku, atau dia dihadirkan kerna benar-benar untukku dan menjadi pelindungku dalam menempuh dunia baru bersama kelak. Persoalan-persoalan ini sering mengganggu di benakku dan ku merasakan kadang-kadang bahawa Allah sedang menguji imanku untuk melihat adakah imanku akan goyah dek hadirnya si dia ini yang tiba-tiba muncul dalam hidupku tanpa pintaku dan adakah aku akan terus hanyut di alam yang penuh fantasi itu..Oh tidak..mujurlah aku tidak keterlaluan dalam situasi ini..aku Cuma merasakan biasa-biasa saja kerana aku tidak mahu terus leka dan lagha akan situasi yang belum pasti itu.. Memang benar hadirnya seseorang dalam hidup kita hanyalah pinjaman seketika, tetapi ku tidak pinta semua itu…Aku bukannya tidak bersyukur akan datangnya si dia dalam hidupku, tetapi aku tidak mahu terus hanyut dan terus hanyut entah ke mana..aku tidak akan sematkan perasaan terlalu suka kerana aku tidak mahu suatu hari nanti aku patah hati kerana kehilangannya. Memanglah akan sedih apabila akan kehilangan seseorang yang telah minat dan sayang pada kita, tetapi itu adalah kenyataan yang aku harus terima kerana mungkin sudah ketentuanNYA.

Adakah aku dikategorikan sebagai kejam kerana tidak menghargai keihklasannya??? Aku bukan tidak menghargai keihklasannya menyayangiku Cuma aku tidak mahu diriku terlalu suka dan menghargainya kerana aku akan terjerumus ke lembah dosa kerana terlibat dengan situasi yang belum pasti …Mak selalu berpesan padaku bahawa sayangilah orang yang menyayangi diri kita. Tetapi aku tidak boleh terus menyayangi orang yang menyayangi diri kita kerana dia belum tentu menjadi milik kita. Aku tidak mahu menyayangi orang yang belum pasti menjadi milikku..Ku hanya akan menyayangi sang suamiku apabila ku sudah memiliki suami ku itu. Sebenarnya, aku mahukan cinta selepas kahwin, lebih nikmat jika bercinta selepas kahwin dan aku teringin bercinta selepas kahwin. Itu sebablah aku tidak mahu menyematkan rasa cinta kepada si dia sekarang ini. Aku mohon maaf pada si dia kerana jika dia benar-benar menyintaiku sebelum kahwin, padahal aku mahukan bercinta selepas kahwin. Adakah aku berdosa jika aku mahukan pilihan sebegitu? Adakah aku dikategorikan sebagai insan yang tak bersyukur kerana ada insan yang menyayangiku sebelum kahwin tetapi ku hanya rasa biasa-biasa sahaja…Aku memohon maaf kepada si dia kerana aku telah merasakan sebegitu kerana aku ingin menjaga syariat Allah…aku takut jika aku melanggari syariat Allah..YA ALLAH AMPUNKAN AKU……..

Memang benar status di facebook dia meng add in relationship kepadaku…dan aku pula terus meng accept request itu…tetapi di lubuk hati ini aku tidak pernah gembira dengan keputusannku itu…bukannya apa..aku nak menjaga syariat Allah…Dulu sebelum dia ingin menjadikan aku “ sweetheartnya " aku pernah mengatakan padanya bahawa aku mahukan cinta as Islamic way..tetapi dengan request in relationship di facebook itu telah menghilangkan sedikit demi sedikit title couple as Islamic way itu…..kenapa yer si dia meng request in relationship itu ? adakah dia risau aku akan diterjah oleh insan-insan lain…? Atau adakah dia memang betul-betul ikhlas menganggap aku buah hatinya… sebenarnya aku tidak kisah akan gelaran buah hati ini….aku tidak gusar semua itu…..sebab dari awal lagi aku telah menetapkan hati ini supaya terima apa saja kemungkinan yang bakal berlaku…dan aku sememangnya percaya dengan ketentuan dan ketetapan Allah..aku akan terima apa sahaja ketentuan dan ketetapan yang bakal Allah tetapkan….


Boleh tak aku hanya membiarkan sahaja perkara ini berlalu sebegitu sahaja? Allah kata perlu ada usaha dan jangan hanya mengharapkan 100% pada ketetapan Allah. Tetapi aku masih lagi sering mempersoalkan bagaimana usaha-usaha yang perlu dijalankan untuk ke arah itu?? Bagaimana pula seorang muslimah hendak berusaha kea rah itu ?? bukankah lelaki yang harus memulakan? Situasi ku kini memang lelaki ini sudah memulakannya, tetapi bagaimana pula si wanita ini akan berusaha ke arahnya?? Adakah terus menerima si dia dengan seadanya?? Bukankah semua ini masih belum pasti jawapannya?? Sahabatku ada mengatakan bahawa jangan bersandarkan pada manusia..dan hanya bersandarkan pada Allah…Oleh yang demikian, aku akan terus bersandarkan pada Allah dan tidak akan terus percaya dan bersandarkan pada manusia kerana pada manusia itu belum pasti…tetapi hanya pada Allah itu yang pasti………

Rabu, 20 April 2011

adakah JODOH~~MESTI DIKEJAR???...@_~

Oh.. ibu, usiaku sudah lanjut, na­mun belum datang seorang pemuda pun memi­nangku...? Apakah aku akan menjadi perawan seumur hidup?" Kira-kira begitulah keluhan seorang gadis Mekah yang berasal dari Bani Ma'zhum yang kaya raya.


Mendengar rintihan sianak, ibunya yang teramat kasih dan sayangkan anaknya lantas kelam kabut ke sanake mari untuk mencari jodoh buat sI puteri. Pelbagai ahli nujum dan dukun ditemuinya, ia tidak peduli berapa saja wang yang harus keluar dari saku, yang penting anaknya yang cuma seorang itu dapat bertemu jodoh.

Namun sayang usaha siibu tidak juga menam­pakkan buahnya. Buktinya, janji-janji sang dukun cuma bualan kosong belaka. Sekian lama mereka menunggu jejaka datang melamar, sedangkan yang ditunggu tidak pernah nam­pak batang hidungnya. Melihat keadaan ini tentu saja gadis Bani Ma'zhum yang bernama Rithah AI-Hamqa men­jadi semakin bermuram durja, tidak ada kerja lain yang diperbuatnya setiap hari kecuali mengadap di depan cermin untuk memandang diri sambil terus bertanya-tanya, “Mengapa sampai hari ini tidak kunjung datang juga seseorang yang akan mengahwiniku?”

Penantian jodoh yang ditunggu-tunggu Rithah ak­hirnya tamat tatkala ibu saudaranya yang berasal dari luar daerah berkunjung ke rumah mereka dengan membawa jejaka tampan. Akhirnya Rithah yang telah lanjut usia pun menikah dengan jejaka yang muda rupawan. Kenapa sipemuda itu ber­sedia menikahi gadis Bani Ma'zhum yang telah tua itu..? Oh… ternyata ada udang di sebalik batu. Rupa-rupanya jejaka rupawan yang miskin itu hanya menginginkan keka­yaan Rithah yang melimpah ruah. Sebaik sahaja sijejaka telah berha­sil menggunakan sebahagian harta Rithah ia pun pergi tanpa apa­san dan kesan.... Dan tinggallah kini Rithah seorang diri, menangisi pemergi­an suami yang tidak tentu ke mana perginya. Kesedihan dankemurungan­nya dilepaskan Rithah dengan membeli be­ratus-ratus buku benang untuk di­pintal (ditenun), setelah jadi hasil tenunannya, wanita itu mencerai beraikan lagi men­jadi benang. Lalu ia tenun lagi dan ia cerai beraikan lagi. Be­gitulah seterusnya ia jalani sisa-sisa hidupnya. Sesuailah kata-kata jahiliyyah mengata­kan, Asmara boleh membuat orang jadi gila sasau." (tentu bagi orang-orang yang tidak memiliki iman)

AI-Qur'anul Karim meng­abadikan kisah gadis Bani Ma'­zhum ini dalam surat An-NahI ayat 29, “Dan janganlah kamu seperti perempuan yang meng­uraikan benangnya yang su­dah dipintal dengan kuat men­jadi bercerai-berai kembali...” Yang dimaksud Al­Qur'an dengan 'wanita pengu­rai benang yang telah dipintal' tidak lain adalah Rithah Al­Hamqa. Dalam ayat tersebut Allah melarang kita berkelakuan seperti Rithah dalam menghadapi masalah jodoh. Namun demikian banyak ibrah yang dapat kita petik dari episod gadis kaya keturunan Bani Ma'zhum ter­sebut.

Kisah Rithah mengajar kita bahawa jodoh sebenarnya merupakan urusan Allah. Jodoh tidak dapat di­hindari manakala kita belum menginginkannya, dan sebaliknya ia juga tidak dapat dikejar ketika kita su­dah teramat sangat ingin men­dapatkannya. Bukankah Rasul pun telah bersabda: “Ketika di­tiupkan ruh pada anak manu­sia tatkala ia masih di dalam perut ibunya sudah ditetap­kan ajalnya, rezekinya, jodohnya dan celaka atau bahagianya di akhirat”. Kerana Allah telah menentukan jodoh kita maka tidak layak bagi kita untuk bimbang dan risau seperti Rithah. Kalau sudah sampai waktunya jodoh itu pasti akan datang sendiri.


Episod Rithah juga mengajar kita un­untuk melakukan ikhtiar (usaha) dalam mencapai cita-cita. Ka­lau ibu Rithah benda­tangi berbagai ahli nujum agar anaknya berhasil mendapat­kan jodoh, bagi kita tentunya mendatangi AI-Mujub (yang Maha Pengabul doa) agar tujuan kita tercapai. Allah sen­diri telah berfirman: "Dan apabila hambaKu bertanya tentang Aku, maka jawablah bahawa Aku dekat. Aku mengabulkan doa orang-orang yang berdoa kepadaKu.. "(QS. 2:186)

Dengan ayat tersebut Allah memberikan harapan yang sebesar-besarnya bahawa setiap doa yang disampaikan padaNya akan dikabulkan. Allah tidak mungkin mungkir janji, siapa yang paling tepat janjinya selain Allah? Dalam sebuah hadis riwayat Abu Da­wud, Tarmizi dan lbnu Majah, Rasul pun bersabda tentang masalah doa, "Sesungguhnya Allah malu terhadap seseorang yang menadahkan tangannya berdoa meminta kebaikan kepadaNya, kemudian menolaknya dalam keadaan hampa".

lbrah berikutnya yang dapat kita petik, ialah memu­puk sikap 'sabar' dalam meng­hadapi jodoh yang mungkin belum juga menghampiri kita padahal usia kita telah sema­kin senja. Firman Allah dalam Surah AI-Baqarah ayat 45, "Dan jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu, sesungguhnya yang demikian itu amat berat kecuali bagi orang-orang yang khusyu', iaitu orang-orang yang meyakini bahawa mereka akan menemui Rabbnya, dan mereka akan kembali padaNya".

Sabar dan solat akan selalu membentengi kita dari desakan orang sekeliling dan godaan syaitan yang berharap kita salah langkah dalam ma­salah jodoh ini. Masalah ini banyak ditanggung oleh saudara-saudara kita yang sudah layak nikah namun belum ada juga ikhwah yang datang meminang merupakan ujian yang - wallahu a'lam - sesuai dengan ketetapan Allah. Banyak kisah nyata bahawa resah gelisah dan tidak sabar dalam ma­salah jodoh malah mem­buat kehidupan selepas apa­nikahan jadi tidak seindah semasa masih bujang.

Di samping itu kita pun harus tetap men­jaga kemur­nian niat kita untuk menikah. Motivasi usia yang semakin senja serta tidak tahan mendengar umpatan orang sekitar harus secepatnya dihilangkan. ltu semua tidak akan menghasilkan suatu rumahtangga Islami yang kita harapkan. Ini adalah kerana kekukuhan rumahtangga kita seiring ada­dengan kuatnya landasan iman dan niat ikhlas kita. Sungguh beruntung se­kali menjadi orang-orang muk­min. Tatkala mendapat ujian (termasuk jodoh) ia akan ber­sabar maka sabarnya menjadi kebaikan baginya. Dan ketika mendapat nikmat ia bersyukur, maka kesyukurannya itu men­jadi baik pula baginya.

Kisah gadis Bani Ma'zhum itu juga memberikan nasihat pada manusia di zaman kemudiannya bahawa jodoh merupakan amanah Allah. Amanah yang hanya akan diberikan pada seseorang yang dianggap te­lah mampu memikulnya kerana amanah merupakan se­suatu yang harus dipelihara dengan baik dan dipertanggungjawabk an. Manakala kita belum dikurniai amanah jodoh oleh Allah, mungkin belum waktunya untuk kita memikul amanah tersebut. Si­kap kita yang paling baik da­lam hal ini adalah sentiasa bersangka baik (husnudzon) kepadaNya. Kerana sesuatu yang kita cintai atau sesuatu yang kita anggap baik (jodoh) belum tentu baik bagi kita menurut Allah. Begitu pula sebaliknya sesuatu yang kita anggap buruk bagi diri kita belum tentu buruk menurut ilmu Allah. "Boleh jadi kamu rnencintai sesuatu padahal se­suatu itu amat buruk bagimu, dan boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal itu amat baik bagimu. Kamu tidak menge­tahui sedangkan Allah Maha Mengetahui" (QS. 2:216)

Akhir sekali kisah Rithah mem­berikan ibrah kepada kita untuk mengarahkan cinta (mahabbah) tertinggi kita kepada yang memang berhak memilikinya. Cinta Rithah yang begitu tinggi diarahkan kepada makhluk (suaminya), hingga membuat ia 'gila sasau'. Bagi kita tentu cinta yang tertinggi itu hanya patut dipersembahkan buat yang Maha A’lah pula (Khaliq). Bukankah salah satu ciri mukmin adalah asyaddu huballillah ada­pun orang-orang yang beriman itu amat sangat cintanya kepada Allah (asyaddu huballillah) .. " (QS. 2:165). Jika arah cinta kita sudah benar, maka yakinlah Allah SWT tidak akan mengabaikan kehidupan kita