SeLaMaT MeNguSha IsI HaTiKu

SeLaMaT MeNguSha IsI HaTiKu

Sabtu, 7 Ogos 2010

3 julai dalam sejarah..

      Tanggal 3 julai berlangsungnya kenduri tahlil arwah atok then sekaligus mak n abah wat kenduri smbut puasa.aku jemputla si dia dtg kenduri ini..aku suh dier ajak teman kalo nak dtg umah aku. Punyerla aku terkejut bila kul 1 ptg tu dier call katenyer dah dekat smpai ak tanye la :
                            " kawan si dia tu drive kete k?
                            " Eh,x lah..saya sorang ni,, nek moto ni..

     Terkejutnya aku dengar bila dier kata dtg sorang..ak lak pesan kat dier aku kata jgn dtg lagi tau sbb org kg tengah ramai..ak suh dier hold kat pekan dulu..katenye ok..tp kul 1.15ptg camtu dier call ak blek katernye dier dah dok kat pondok kawalan malam kat dpn umah mcik mas.lg la ak terkejut..sbb time tu org kg blom reda ag..time tu pulak la edy dok ada teman dier kat situ.edy ckp kat dier
                       " gentleman la ckit...kata edy
                       "gentleman-gentleman jugak, goyang-goyang jugak,
                         katanya... 
       Ini apa yang edy n dier pnh citer kat aku..hmm..biler mendengornyer klakar r plak..haha..pastu edy pon terus ajak dier ke rumah.dalam 2 minit cmtu la dier call aku ag..
                      "im..saya kat depan umah im ni..kat blakang van rusa.
                      "haa..ye ke?..aku pon start cuak..


       Time tu ada la org kg ag iaitu mkcik2x kg ..nseb baek la x ramai dah orang kg.tp yang still ramai ag adalah mak-mak sedaraku,ayah2x sedaraku,n sepupu2 mak n abah.perghh..still ramai..
                 " nyah,si dia dah ada kat depan tu..seru mak kepadaku
                 " ye...nyah dah tau dah..dier tphn td
                 "pegi la amik dier kat dpn..

            Aku dengan segan silunya pergila jemput dier kat depan umah seperti yang si dia ckp td dier ada kat blakang van rusa. Masa tu si dia ngan adikku yang bongsu ngah bersembang. Pandai lak adikku melayan si dia. Aku pon dengan raser tebalnya pipi ni..g la jmput dier..


              "im x espect dtg sorang, ingt dtg ngan kwn td..kataku
              "malas la ajak sesape...hmm"katanya..
             "mak kirim salam kat im..ni mak ada kirim kek..mak buat 
              semalam.."oh..Waalaikumsalam..tmkasih...jom la kita
              masuk..

          Semua mata memandangku...dengan penuh tanda tanya..ramai yang bertanya siapakah jejaka berani itu?hmm.nanti lah kita smbung ag ek..Apabila kami melangkah masuk ke rumah..semua mata-mata melihat kami berdua.. Perasaan aku ketika itu tiada terkata. punyelah bercampur baur..sampai saja di dalam rumah, Kami duduk di tengah ruang tamu rumah. Along terus datang kepada kami. Dan Aku segera ke dapur menyiapkan menu yang keluargaku masak. Sungguh menyelerakan...Aku semakin lapar. Tp kenalah makan bersama dengannya. Malu giler asernyer...Aku bukannya biasa makan dengan orang lelaki yang aku jarang jumpa. Memang aku pon bukannya rajin keluar ngan kengkawan lelaki. Hmmmm..Along memulakan sesi sembang menyembang..Macam-macam lah yang along tanyakan tentang si dia..tetapi along tak menyentuh cerita tentang kami berdua.Along still nak biasakan diri tu.Takkan lah nak terus tanya pasal kami agaknya. Aku pon menjamu nya makan. Menolong si dia membasuh tangan dengan menghulurkan " KENDI " tempat membasuh tangan. Si dia terus makan tanpa memandang sangat wajahku.malu agaknya. Aku lagi lah malu..Langsung aku tidak memandang wajahnya.Sesekali jika ternampak sahaja. Aduhai.. Aku tersangatlah pemalu....Sesi makan diteruskan sehinggalah jamuan terakhir bubur dan kek.


             " Terima kasih lah kat mak awak..buatkan saya dan    
               keluarga saya    kek gula hangus, sempat lagi buat ek."
               luah diriku " Mak memang rajin,....kata si dia..


     Sembang diteruskan di ruangan depan tamu rumah pula..masa tu edi dan shahid pon ada. Apa lagi..tau je la edi tu kuat sangat berseloroh. Ada ke patot dier kata kat si dia..tak hulur duit ke..? Masyaallah..sabor je la,.......Masa berlalu dengan pantas..lama juga lah si dia bersembang dengan adik beradikku.sehinggakan opah dan onyang turut datang kepada kami melakukan sesi kenal mengenal...Semuanya macam seronok dengan kehadiran si dia.Aku makin gusar apabila aku kan seorang anak perempuan tunggal dalam adik beradikku..iTu yang menjadi sasaran keluarga untuk tahu semua hal.Aku tahu mereka semua mengambil berat terhadapku dan risau jika aku diambil oleh orang yang salah. Akhirnya si dia menyatakan hasrat untuk pulang...Apabila keluar dari pintu utama rumah,semua mata sekali lagi memandang kami. Alangkah terharunya diriku apabila si dia salam semua orang yang berada di hadapan rumahku iaitu seluruh saudara maraku.Opah,onyang,atok dan semuanya..Hahhaha Alangkah lawaknya atoik mengusik dia,..

             " Janganlah berkawan lama-lama, cepatlah hantar tanda,
                kata atok si dia hanya mampu tersenyum tawar...hehehe..





Jumaat, 18 Jun 2010

ak rasa mcm2...bercampur baur

    Tanggal 16 jun 2010..si dia dtg ke rumah ak dgn abangnyer..punyer r terkejut maunyer idak dier da smpai bikam br ckp y dier nak singgah umah ak.punyer la kelam kabut dibuatnya.,,ap y smpat dijamu je la..maner y dan..maser mule2 abangnyer masuk umah ak dok kat dpn pintu tu..abangnyer kater " ooo ini kke orangnyer ",sambil menganggukkan kepala..ak terus ajak mereka berdua duduk.smbil ak tuangkan teh tarik yang ak smpat buat..nasib baik tangan tak menggigil..nasib baik jugak jag tak tonggang terbalik...
nseb baek pandai control ayu..tp pd masa y sama batok tetap batok..dan-dan tu la nak batok..abangnyer dok menyakat aku jer..bkn p menyakat nak tmbah mee la..bile time ak nak bubuh dier tarik pinggannyer xnak pulak..tp pastue dier tmbah sndiri..abgnyer klakar bleh la masok mesra la..
    Si dia banyak menyepikan diri dan tak banyak bersembang. Adakah si dia takut si abangnya komen yang bukan-bukan tentang diriku. Aku pon pelik gak la..si dia macam diam mematu diri di sebelah abangnya,.Abangnya pula yang banyak bersembang dengan diriku..Gaya abangnya macam suka pada aku. Tp tak tahulah di belakang aku apa yang dikatakan oleh mereka..Tp aku tak boleh bersangka buruk. Berdosalah aku jika aku bersangka buruk....Aku tak petot berfikr yang bukan-bukan.Aku perlu berbalik kepada asal iaitu aku perlu bersyukur kerana adanya seorang lelaki menyukai diriku yang tidak berapa cantik ni..Aku bukannya tak bersyukur dengan pemberian Allah.Aku sentiasa bersyukur apabila aku menghadap cermin melihat diriku.Tetapi hatiku seakan tidak percaya dengan kehadiran si dia dalam hidupku. Jika dahulu aku mahukan jodoh ku dipilih oleh ibu bapaku. Tetapi si dia datang dan muncul dalam hidupku. Adakah Allah hadirkan dia untuk menguji hatiku supaya tidak LAGHA..? persoalan ini sentiasa hadir di benakku ini..
     Malangnya perasaan ini selalu saja ragu-ragu dengan kehadirannya. Adkah kehadirannya suatu anugerah ? ataupun adakah hadirnya dia  kerana.ujian dari yang Maha pencipta. Sungguh menakutkan apabila diriku ini sering mempersoalkan persoalan sebegini. Walhal mungki si dia dikirimkan oleh Allah hanyalah seketika saja untuk menguji hati nurani ku,...Sememangnya hatiku sering mempersoalkan. Aku rasa berdosa yang teramat kerana mempersoalkan apa yang Allah telah tetapkan..Wahai hatiku sedarlah bahawa setiap apa yang Allah jadikan untukmu adalah yang gterbaik untukmu wahai hamba Allah. Kamu harus bersyukur..Kesimpulannya di sini.,.but Last but not least ...aku harus bersyukur ke atas segala takdir dan ketentuan yang telah ditetapkan oleh Allah yang Maha Berkuasa.

Ahad, 25 April 2010

wanita..hiasan dunia...seindah hiasan adalah wanita solehah...

wanita hiasan kecantikan wanita..tp ak... adakah ak cantik?memang jarang orang kata ak cantik.slallunya orang akan cakap ak ayu je..huhu.Tp ak tetap bersyukur dengan kurnianMu Ya Allah...Setiap kali ak melihat wanita lain yang cantik..ak mesti akan berkata..Waaa..cantiknyer dier...Tapi tak mengapalah walau bagaimanapun ak suka melihat diriku ini//Alhamdulillah..terima kasih Ya Allah...

Isnin, 22 Februari 2010

ari sabtu 20 hb Februari yang penuh makna

Si dia dtg ke rumahku..dr umahnya dia naik moto...kami kan kat skolah xpnh berckp..smlm dier smpai umah kul 11.30 smpai r kul 5 dier dok umah ak..mcm2 yang kami borakkan..masing2 bertntang mata..kalo nak diikutkan memang sesuatu y impossible...memang x disangka2..heehhehe.Mula2 maser dier mula2 nak masuk umah,perasaan ak bercmpur baur.mcm x tntu hala le.Kalo org perak kata LIBANG-LIBU dbuatnya..tp lps je dier dok borak ngan aku rasa debar2 td ilang sekelip mata...ak pun dpt rasa yang dier pon nervous gak time 1st time dier masuk umah aku.Masing2 malu nak tgok mata masing2..hahaha.Tp lama-kelamaan lps tu ok je plak.Sememangnya bnyk perkara y dbualkan dirinya dgn mak n abahku.Abah bkn main hepi sembang dgnnya.Bkn main gelak2 ag...hhehehhe.Mak pun bukan main suke ag..


yang ak plak still BLUrr ngan perasaan sendiri..ak xtau la nape ak kgkadang je ak hepi..but at the same time not hepi.Mcm2 yang dipikirkan..ak bknnye ap ak xnak r terlalu hepi sgt sbb akan dtg xtau ag camner..anything can happen.So,ak wat cam bese je..ag satu ak takot kalo frust..nanti saper y berduka?aku jugak..org len xtau dgn ap y ak raser...hmmmmm.kgkadang tu pelik gak ngan aku ni.



Kengkadang aku berasa berdosa dengan apa yang aku lakukan. Bayangkanlah apabila bertentang mata itu sudah jatuhnya zina mata. walaupun aku menetapkan kepada si dia agar kami hanya couple as islamic way iaitu tidak boleh berjumpa berdua di mana-mana tempat lain melainkan aku mahukan si dia berjumpa denganku hanya di rumahku sahaja.Boleh berjumpa di luar rumah tetapi perlulah berteman melebihi kami berdua..Kejamkah aku membuat sebegitu..? Walhal aku ingin mengikut syariat yang telah ditetapkan...Yang paling ku gusarkan apabila kami berbual di telefon sudah jatuhnya zina telinga. Dan yang paling besar adalah zina hati.,Bayangkanlah aku dah berdosa dalam perkara ini kerana ku telah terjebak dalam perkara ini....Oleh hal yang demikian,,,sehingga kini aku tidak merasakan lagi apa kah ertinya cinta kerana aku tidak mahu lagha dalam perkara begini...Aku sememangnya dari alam persekolahan lagi mahukan jodohku dipilih oleh ibu bapaku..Tetapi si dia datang dalam hidupku secara tiba-tiba dan tidak seperti yang ku sangkakan...

Aku hanya berserah kepada Allah...menjalankan hubungan ini seperti biasa tetapi tidak menetapkan perasaan terlalu suka akan kehadirannya kerana aku masih ragu-ragu dengannya..Walaupun si dia nampak ikhlas terhadapku tetapi hatiku masih belum ada tempat untuknya kerana aku lebih sukakan seseorang raja yang akan bertakhta di hati ini adalah selepas aku sudah bertunang dan terus dinikahkan.Dan ketika itu barulah dinamakan jatuhnya cinta pertama yang sebenar..Alangkah nikmatnya bercinta selepas kahwin..Kerana terlepas dari sebarang dosa dan nestapa...huhuhuhuuuuu...