SeLaMaT MeNguSha IsI HaTiKu

SeLaMaT MeNguSha IsI HaTiKu

Isnin, 31 Oktober 2011

Aku dicari bukan aku yang mencari…..tetapi bagaimana ku harus hadapi situasi ini?? ini anugerah ataupun ujian dariNYA ? Hanya Allah yang Maha Mengetahui



Adakah aku sedang diuji tatkala seseorang itu hadir ke dalam hidup ini tanpa ku pinta kehadirannya. Aku sedari dulu lagi mahukan jodoh ku itu dipilih oleh orang tua ku. ,..tetapi tidak ku menyangka si dia hadir dalam hidupku tanpa ku pinta kehadirannya. Adakah dia dihadirkan hanya untuk mengujiku, atau dia dihadirkan kerna benar-benar untukku dan menjadi pelindungku dalam menempuh dunia baru bersama kelak. Persoalan-persoalan ini sering mengganggu di benakku dan ku merasakan kadang-kadang bahawa Allah sedang menguji imanku untuk melihat adakah imanku akan goyah dek hadirnya si dia ini yang tiba-tiba muncul dalam hidupku tanpa pintaku dan adakah aku akan terus hanyut di alam yang penuh fantasi itu..Oh tidak..mujurlah aku tidak keterlaluan dalam situasi ini..aku Cuma merasakan biasa-biasa saja kerana aku tidak mahu terus leka dan lagha akan situasi yang belum pasti itu.. Memang benar hadirnya seseorang dalam hidup kita hanyalah pinjaman seketika, tetapi ku tidak pinta semua itu…Aku bukannya tidak bersyukur akan datangnya si dia dalam hidupku, tetapi aku tidak mahu terus hanyut dan terus hanyut entah ke mana..aku tidak akan sematkan perasaan terlalu suka kerana aku tidak mahu suatu hari nanti aku patah hati kerana kehilangannya. Memanglah akan sedih apabila akan kehilangan seseorang yang telah minat dan sayang pada kita, tetapi itu adalah kenyataan yang aku harus terima kerana mungkin sudah ketentuanNYA.

Adakah aku dikategorikan sebagai kejam kerana tidak menghargai keihklasannya??? Aku bukan tidak menghargai keihklasannya menyayangiku Cuma aku tidak mahu diriku terlalu suka dan menghargainya kerana aku akan terjerumus ke lembah dosa kerana terlibat dengan situasi yang belum pasti …Mak selalu berpesan padaku bahawa sayangilah orang yang menyayangi diri kita. Tetapi aku tidak boleh terus menyayangi orang yang menyayangi diri kita kerana dia belum tentu menjadi milik kita. Aku tidak mahu menyayangi orang yang belum pasti menjadi milikku..Ku hanya akan menyayangi sang suamiku apabila ku sudah memiliki suami ku itu. Sebenarnya, aku mahukan cinta selepas kahwin, lebih nikmat jika bercinta selepas kahwin dan aku teringin bercinta selepas kahwin. Itu sebablah aku tidak mahu menyematkan rasa cinta kepada si dia sekarang ini. Aku mohon maaf pada si dia kerana jika dia benar-benar menyintaiku sebelum kahwin, padahal aku mahukan bercinta selepas kahwin. Adakah aku berdosa jika aku mahukan pilihan sebegitu? Adakah aku dikategorikan sebagai insan yang tak bersyukur kerana ada insan yang menyayangiku sebelum kahwin tetapi ku hanya rasa biasa-biasa sahaja…Aku memohon maaf kepada si dia kerana aku telah merasakan sebegitu kerana aku ingin menjaga syariat Allah…aku takut jika aku melanggari syariat Allah..YA ALLAH AMPUNKAN AKU……..

Memang benar status di facebook dia meng add in relationship kepadaku…dan aku pula terus meng accept request itu…tetapi di lubuk hati ini aku tidak pernah gembira dengan keputusannku itu…bukannya apa..aku nak menjaga syariat Allah…Dulu sebelum dia ingin menjadikan aku “ sweetheartnya " aku pernah mengatakan padanya bahawa aku mahukan cinta as Islamic way..tetapi dengan request in relationship di facebook itu telah menghilangkan sedikit demi sedikit title couple as Islamic way itu…..kenapa yer si dia meng request in relationship itu ? adakah dia risau aku akan diterjah oleh insan-insan lain…? Atau adakah dia memang betul-betul ikhlas menganggap aku buah hatinya… sebenarnya aku tidak kisah akan gelaran buah hati ini….aku tidak gusar semua itu…..sebab dari awal lagi aku telah menetapkan hati ini supaya terima apa saja kemungkinan yang bakal berlaku…dan aku sememangnya percaya dengan ketentuan dan ketetapan Allah..aku akan terima apa sahaja ketentuan dan ketetapan yang bakal Allah tetapkan….


Boleh tak aku hanya membiarkan sahaja perkara ini berlalu sebegitu sahaja? Allah kata perlu ada usaha dan jangan hanya mengharapkan 100% pada ketetapan Allah. Tetapi aku masih lagi sering mempersoalkan bagaimana usaha-usaha yang perlu dijalankan untuk ke arah itu?? Bagaimana pula seorang muslimah hendak berusaha kea rah itu ?? bukankah lelaki yang harus memulakan? Situasi ku kini memang lelaki ini sudah memulakannya, tetapi bagaimana pula si wanita ini akan berusaha ke arahnya?? Adakah terus menerima si dia dengan seadanya?? Bukankah semua ini masih belum pasti jawapannya?? Sahabatku ada mengatakan bahawa jangan bersandarkan pada manusia..dan hanya bersandarkan pada Allah…Oleh yang demikian, aku akan terus bersandarkan pada Allah dan tidak akan terus percaya dan bersandarkan pada manusia kerana pada manusia itu belum pasti…tetapi hanya pada Allah itu yang pasti………