SeLaMaT MeNguSha IsI HaTiKu

SeLaMaT MeNguSha IsI HaTiKu

Selasa, 1 Disember 2009

Kasih Yang dicari-cari..Ya untuk cinta

      Allah yang Maha Penyayang amatlah mengetahui segala naluri dan fitrah hambaNya.Sememangnya,tidak ada manusia yang boleh mendakwa dirinya lari daripada fitrah perasaan kecuali orang yang hilang akal.Cinta adalah fitrah yang akan dirasai oleh semua orang.Sesiapa pun tidak akan terlepas.
     Lantaran Islam menghargai,meraikan dan memupuk kehendak naluri manusia yang salah satunya adalah cinta.Maksudnya cinta yang berputik antara lelaki dan wanita.Rasa ingin memiliki,rasa suka kalau dimiliki dan mencari pasangan (cinta itu sebenarnya luas perbahasannya,bukan satu capahan sahaja.
     Telah difitrahkan lelaki akan menyintai wanita,begitulah sebaliknya.Rasa jatuh cinta tidaklah mengaibkan asal saja diuruskan dengan betul.Kata orang nak lebih-lebih boleh,tapi kenalah kawin.Orang yang waras merasai bahawa lampu isyarat,tanda had laju,tanda peringatan selekoh dan lain-lain sebagai kawalan.Bukanlah sebagai sekatan untuk di di suatu destinasi.Doktor selalu berpesan jangan ambil gula yang berlebihan.
     Cara untuk melayani dan menyalurkan kasih sayang itu ada pagar-pagar dan jalan-jalannya yang telah ditentukan.Sekaligus menjamin kedamaian dan ketenangan hakiki.

Muqadimah yang panjang ini sedikit sebanyak mengajar aku bahawa dalam ingin merasai bahana alam percintaan,hubunganku dengan Allah haruslah ditingkatkan supaya apa yang aku rasa dan alami ini tak menjurumuskan aku ke lembah (LAGHA)perkara yang sia-sia..

sama-sama lah ak dan kengkawan suma pikirkan...