SeLaMaT MeNguSha IsI HaTiKu

SeLaMaT MeNguSha IsI HaTiKu

Ahad, 25 April 2010

wanita..hiasan dunia...seindah hiasan adalah wanita solehah...

wanita hiasan kecantikan wanita..tp ak... adakah ak cantik?memang jarang orang kata ak cantik.slallunya orang akan cakap ak ayu je..huhu.Tp ak tetap bersyukur dengan kurnianMu Ya Allah...Setiap kali ak melihat wanita lain yang cantik..ak mesti akan berkata..Waaa..cantiknyer dier...Tapi tak mengapalah walau bagaimanapun ak suka melihat diriku ini//Alhamdulillah..terima kasih Ya Allah...

Isnin, 22 Februari 2010

ari sabtu 20 hb Februari yang penuh makna

Si dia dtg ke rumahku..dr umahnya dia naik moto...kami kan kat skolah xpnh berckp..smlm dier smpai umah kul 11.30 smpai r kul 5 dier dok umah ak..mcm2 yang kami borakkan..masing2 bertntang mata..kalo nak diikutkan memang sesuatu y impossible...memang x disangka2..heehhehe.Mula2 maser dier mula2 nak masuk umah,perasaan ak bercmpur baur.mcm x tntu hala le.Kalo org perak kata LIBANG-LIBU dbuatnya..tp lps je dier dok borak ngan aku rasa debar2 td ilang sekelip mata...ak pun dpt rasa yang dier pon nervous gak time 1st time dier masuk umah aku.Masing2 malu nak tgok mata masing2..hahaha.Tp lama-kelamaan lps tu ok je plak.Sememangnya bnyk perkara y dbualkan dirinya dgn mak n abahku.Abah bkn main hepi sembang dgnnya.Bkn main gelak2 ag...hhehehhe.Mak pun bukan main suke ag..


yang ak plak still BLUrr ngan perasaan sendiri..ak xtau la nape ak kgkadang je ak hepi..but at the same time not hepi.Mcm2 yang dipikirkan..ak bknnye ap ak xnak r terlalu hepi sgt sbb akan dtg xtau ag camner..anything can happen.So,ak wat cam bese je..ag satu ak takot kalo frust..nanti saper y berduka?aku jugak..org len xtau dgn ap y ak raser...hmmmmm.kgkadang tu pelik gak ngan aku ni.



Kengkadang aku berasa berdosa dengan apa yang aku lakukan. Bayangkanlah apabila bertentang mata itu sudah jatuhnya zina mata. walaupun aku menetapkan kepada si dia agar kami hanya couple as islamic way iaitu tidak boleh berjumpa berdua di mana-mana tempat lain melainkan aku mahukan si dia berjumpa denganku hanya di rumahku sahaja.Boleh berjumpa di luar rumah tetapi perlulah berteman melebihi kami berdua..Kejamkah aku membuat sebegitu..? Walhal aku ingin mengikut syariat yang telah ditetapkan...Yang paling ku gusarkan apabila kami berbual di telefon sudah jatuhnya zina telinga. Dan yang paling besar adalah zina hati.,Bayangkanlah aku dah berdosa dalam perkara ini kerana ku telah terjebak dalam perkara ini....Oleh hal yang demikian,,,sehingga kini aku tidak merasakan lagi apa kah ertinya cinta kerana aku tidak mahu lagha dalam perkara begini...Aku sememangnya dari alam persekolahan lagi mahukan jodohku dipilih oleh ibu bapaku..Tetapi si dia datang dalam hidupku secara tiba-tiba dan tidak seperti yang ku sangkakan...

Aku hanya berserah kepada Allah...menjalankan hubungan ini seperti biasa tetapi tidak menetapkan perasaan terlalu suka akan kehadirannya kerana aku masih ragu-ragu dengannya..Walaupun si dia nampak ikhlas terhadapku tetapi hatiku masih belum ada tempat untuknya kerana aku lebih sukakan seseorang raja yang akan bertakhta di hati ini adalah selepas aku sudah bertunang dan terus dinikahkan.Dan ketika itu barulah dinamakan jatuhnya cinta pertama yang sebenar..Alangkah nikmatnya bercinta selepas kahwin..Kerana terlepas dari sebarang dosa dan nestapa...huhuhuhuuuuu...

Selasa, 1 Disember 2009

Kasih Yang dicari-cari..Ya untuk cinta

      Allah yang Maha Penyayang amatlah mengetahui segala naluri dan fitrah hambaNya.Sememangnya,tidak ada manusia yang boleh mendakwa dirinya lari daripada fitrah perasaan kecuali orang yang hilang akal.Cinta adalah fitrah yang akan dirasai oleh semua orang.Sesiapa pun tidak akan terlepas.
     Lantaran Islam menghargai,meraikan dan memupuk kehendak naluri manusia yang salah satunya adalah cinta.Maksudnya cinta yang berputik antara lelaki dan wanita.Rasa ingin memiliki,rasa suka kalau dimiliki dan mencari pasangan (cinta itu sebenarnya luas perbahasannya,bukan satu capahan sahaja.
     Telah difitrahkan lelaki akan menyintai wanita,begitulah sebaliknya.Rasa jatuh cinta tidaklah mengaibkan asal saja diuruskan dengan betul.Kata orang nak lebih-lebih boleh,tapi kenalah kawin.Orang yang waras merasai bahawa lampu isyarat,tanda had laju,tanda peringatan selekoh dan lain-lain sebagai kawalan.Bukanlah sebagai sekatan untuk di di suatu destinasi.Doktor selalu berpesan jangan ambil gula yang berlebihan.
     Cara untuk melayani dan menyalurkan kasih sayang itu ada pagar-pagar dan jalan-jalannya yang telah ditentukan.Sekaligus menjamin kedamaian dan ketenangan hakiki.

Muqadimah yang panjang ini sedikit sebanyak mengajar aku bahawa dalam ingin merasai bahana alam percintaan,hubunganku dengan Allah haruslah ditingkatkan supaya apa yang aku rasa dan alami ini tak menjurumuskan aku ke lembah (LAGHA)perkara yang sia-sia..

sama-sama lah ak dan kengkawan suma pikirkan...

Isnin, 16 November 2009

mcm x cayer je..

bln 3 aritu ak dpt msj drpd dier. direct je dier tanyer knai ag x dier? ak trus je jwb knai r coz klas dier ader 2 owang je lelaki melayu. klas kitowang sebelah menyebelah je.tp y lawaknyer kitowang x pnh bckap pown. Senyum pon ak raser x pnh. tu y pelik sgt biler da dkt 3 taun tinggalkn skolah, tetiber jer dier msj aku. pelik toool lah. y ak raser tkjut beruk ag biler dier kata sbnrnya da lamer dier smpan ap y dier raser. katanya ag,ak adalah org yang dier still ingat smpai skang. ak tanyer ag kat dier,Btoi ke nih?dier kater serius dier memang dah lamer perhatikan aku.memang x sangka,memang x sangka siottt. ak y xder rupe nih ader gak owang yang minat.yang heran ag tu,ak ni bukannyer lawoo pon,da r hitam,x cantik lak tu.Ak tanyer ag kat dier : Mana dpt no aku nih?katanya dier dpt no aku drpd kawan baik ak gak.Jenuh r ak memikirkn siapa r y bg no aku kat dier. Setahu aku si wajihah n irdina ( bukan nama sbnr) y rapat ngan dier.Tp ak mls r nak tanyer depa.Biar dlu..
msj n trus msj,,katanya dier nak jdkan ak shbt dier.ak on je r agpon kitowang memang x pnh bkwn pown..sembang pon x pnh kn?hmmm selama 2 bln bersahabat,  tgh2 bln 5 dier ajak ak couple.huh x sangka lak.ak ingat dier nak jd kwn baik aku jer. ak pd mulanya ak x trima dier untuk couple..ak bkn trus menolak,tp ak ckp baik2 kat dier. ak kater bg ak masa..sbbnyer ak x pnh first love. so ak takut untuk cpt2 trus trima.ak kene pikir sedalam-dalamnyer. mlm tu aku trus wat istikharah.memang x nmpak petunjuk.xkan r trus nmpak kan?Allah mgkin nak uji ak ag. jwpn y dier bg dier akan tetap menunggu..dier xkan memaksa dan akan bg ak masa...hari- hari y mendatang petunjuk masih blum bertandang...hmmmm..aku makin keliru ngan apa yang aku rasa..betul kah aku di jalan yang betul..
     Aku risau sebenarnya,....aku risau mungkin dier nak uji aku je sebenarnyer...Mana r tau dier nak uji perempuan lemah mcm aku ni..ag satu bayangkanlah kalau tetibe suatu hari nanti dier ckp kat aku..sebenarnya aku nak uji pempuan mcm ko ni..YA ALLAH adakah aku berburok sangka..berdosanya aku YA ALLAH...
     Berulang kali dier menyatakan bahawa si dia benar-benar ingin serius denganku.Aku takut YA ALLAH..sangat takut..Aku kurang yakin..katanya aku terlalu merendah diri sangat..Aku memang sejak azali lagi suka merendah diri kerana aku merasakan aku tidaklah secantik dan sehebat orang lain. Adakah Aku layak buatnya..? Adakah aku pilihannya yang tepat.? Aku pernah bertanyakan padanya adakah kamu betul-betul serius ? ataupun hanya kemaruk apabila melihat orang lain telah mempunyai pasangan.? Tapi jawapannya tetap mahukan diriku..dan katanya dia akan terus menanti sehingga suatu saat aku akan menerimanya...